Bagaimana untuk mengajar para pelajar menghafal sifir? Tidak semua pelajar mempunyai keupayaan yang sama. Ada pelajar yang mampu menghafal sifir dan ada yang tidak. Berikut ialah panduan membina kotak sifir yang amat berguna kepada para pelajar yang tidak dapat menghafal sifir. Kaedah ini harus dipraktikkan selalu supaya sifir dakat dikuasai dengan lebih cepat dan senang.
Langkah-langkah :
1. Bina kotak sifir seperti dibawah. Isikan dari nombor 2 hingga 9 dibahagian atas kotak yang melintang dan di bahagian tepi kotak yang menurun. (lihat contoh)
2. Mulakan dengan mengisi sifir 9. Caranya dimulai dengan nombor 1 hingga 8.
(lihat contoh)
3. Tulis semula secara nombor 1 hingga 8 secara terbalik. (lihat contoh)
4. Sifir 9 telah lengkap. Isikan pula sifir 8 dimulai dengan nombor 1, 2, 3, 4, 4, 5, 6. Ingat! Nombor 4 diulang sebanyak 2 kali. (lihat contoh)
5. Kemudian isikan nombor 6, 4, 2, 0, 8 dan dimulai semula dengan 8, 6, 4,2 - [clue kepada para pelajar ialah bermula dari nombor 8 akan tolak 2 bagi jawapan diperolehi] (lihat contoh)
6. Sifir 8 telah siap. Sekarang isikan pula sifir 5 dimulai dengan nombor 1,1,2,2,3,3- setiap nombor diulang dua kali. (lihat contoh)
7. Isikan pula nombor 0 dan 5 secara berulang. (lihat contoh)
8. Sifir 5 telah siap. Kemudian isikan sifir-sifir yang lain sehingga kotak yang mendarabkan nombor sendiri . Jika pelajar sukar mendapatkan jawapan, mereka hendaklah mencampurkan jawapan dengan nombor yang didarab seperti 6,6+6=12, 12+6=18, 18+6=24 dan seterusnya.(lihat contoh)
9. Separuh sifir hampir siap. Akhir sekali, para pelajar hanya perlu menyalin semula sifir merujuk jawapan yang telah diperlolehi. (lihat contoh)
Pelajar-pelajar telah mendapat satu kotak sifir yang lengkap. Apabila selalu dipraktik, para pelajar akan mengambil masa selama 3 minit untuk menyiapkan kotak sifir ini. Biasakan para pelajar untuk membina kotak sifir sebelum menjawab soalan-soalan yang mempunyai aktiviti sifir sebagai pengiraan. Selain itu cara ini lebih selamat untuk para pelajar tidak membuat sebarang kesalahan ketika membuat pengiraan.
Credit to : http://chekguisza.blogspot.com
No comments:
Post a Comment