Tuesday 25 September 2012

Semoga Cemerlang


          Alhamdulillah. Pada tanggal 13 September yang lalu, selesai sudah perjuangan anak didik Tahun 6 SK Batu Kikir. Segala usaha telah dilaksanakan sehabis baik, diharapkan semoga usaha tersebut mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

          Sebagai hamba yang lemah, hendaklah kita berserah segalanya kepada kekuasaan Allah SWT dan berdoalah selalu semoga usaha itu membuahkan hasil yang cemerlang.

Insyaallah anda cemerlang!

Berikut adalah beberapa aktiviti yang telah dijalankan oleh para pelajar lepasan UPSR.







Monday 6 August 2012

Keputusan Pra-UPSR

       
          Alhamdulillah.Dengan berkat kerahan tenaga para guru dan usaha gigih para pelajar, seramai 19 orang murid telah berjaya mendapat 5A dalam keputusan Pra UPSR yang lepas.

          Syabas dan tahniah kepada semua guru-guru yang terlibat lebih-lebih lagi guru-guru tahun enam. Suntikan semangat dedikasi dan usaha tanpa jemu-jemu, insyaallah pasti akan membuahkan hasil peningkatan yang baik pada peperiksaan sebenar UPSR nanti.