Tolak


          Biasanya operasi tolak akan diajar selepas operasi tambah kerana ianya mempunyai perkaitan yang rapat. Walaubagaimanapun seperti yang telah ditunjukkan, proses mendarab adalah lebih rapat dengan operasi tambah, dimana 2 × 2 juga adalah 2 + 2.

          Jadi kita lihat terlebih dahulu secara asasnya bagaimana untuk kita memahami operasi tolak ini dengan lebih dekat.

          
          Hasil tolak jika dicampur semula dengan jumlah yang ditolak akan memberikan jumlah sebelum ditolak. Dari contoh di atas 3 (hasil tolak) + 3 (jumlah ditolak) = 6 jumlah asal. Oleh yang demikian proses ini boleh digunakan untuk menyemak jawapan apabila kita melakukan operasi tolak.



OPERASI TOLAK 1

          Operasi tolak boleh dilakukan secara biasa seperti operasi tambah yang dilakukan dari kiri ke kanan. Melalui kaedah ini anggaran jawapan dapat dilakukan di peringkat pertama menolak angka pada rumah terbesar.






OPERASI TOLAK 2

          Semasa melakukan operasi tolak, yang sering mengganggu kita memberikan jawapan yang betul adalah disebabkan peminjaman jumlah pada rumah bersebelahan yang lebih besar nilainya. Sebagai contoh; 2 - 7 tidak boleh dilakukan dan peminjaman 10 dari rumah sebelumnya perlu untuk menjadikannya 12 - 7 = 5.
          Melalui kaedah berikutnya ini, kita perhatikan bagaimana kaedah ini dapat membantu mengelakkan kekeliruan ini.



Nota: Perhatikan rumah terbesar pada nombor yang ingin ditolak, kemudian pecahkan nombor asal kepada nombor genap rumah terbesar tersebut seperti contoh di atas.







No comments:

Post a Comment