Untuk itu Operasi Darab ini diberikan penekanan utama dalam melatih kreativiti dan kemahiran berfikir di dalam math&brain™. Adalah dinasihatkan supaya topik ini diberikan penekanan yang sewajarnya bagi memahami objektif sebenar math&brain™.
Proses pendaraban merupakan operasi yang penting dan mempunyai kaitan yang rapat dengan operasi tambah. Pendaraban sebenarnya adalah proses penambahan sesuatu angka yang sama secara berulang-ulang.
Contoh: Nombor 8 dicampur sebanyak 4 kali, Ini boleh ditulis; 8 + 8 + 8 + 8 = 32 Atau 8 × 4 = 32
Bayangkan sekotak limau yang mengandungi 7 biji buah limau. Sekiranya seorang penjual buah menjual 7 kotak buah limau sehari, berapa biji buah limau yang telah dijualnya?
Penyelesaian; Sekotak Limau = 7 biji Bilangan Kotak Dijual = 7 kotak Jumlah Buah Limau = 7 + 7 + 7 + 7 + 7 + 7 + 7 = 49 Biji Buah Limau Atau = 7 × 7 = 49
SIFIR
Sifir adalah salah satu cara untuk memudahkan kita mengingati jumlah hasil darab sesuatu nombor. Walaupun sifir dapat membantu kita menyelesaikan masalah berkaitan pendaraban, konsep utama proses pendaraban perlu sentiasa diingat bagi membantu kefahaman untuk penyelesaian masalah yang lebih rumit.
Untuk penguasaan kemahiran mendarab, sifir yang perlu diingat adalah sifir 1 hingga ke sifir 9. Bagi hasil darab untuk nombor yang lebih besar kemahiran-kemahiran pendaraban perlu dikuasai dengan baik.
Perlu diingat;1 × 10 = 10 10 × 10 = 100 10 × 100 = 1000 100 × 100 = 10,000 1000 × 1000 = 1,000,000
Ini bermakna;
8 × 10 = 80 16 × 100 = 1,600 241 × 1,000 = 241,000
Sebelum kita meneruskan contoh-contoh latihan operasi darab untuk nombor-nombor yang lebih besar mari kita lihat konsep asas dalam mendarab nombor secara lebih jelas.
PENDARABAN 2 ANGKA
Pendaraban dua angka sukar diingati melalui penghafalan sifir. Oleh itu kaedah yang lebih mudah perlu digunakan untuk mendarab nombor-nombor ini. Melalui kaedah pendaraban dari angka besar ke angka yang lebih kecil penyelesaian hasil darab dapat diselesaikan dengan lebih mudah.
PENDARABAN KAEDAH RINGKAS
Bagi meringkaskan kaedah pendaraban banyak perkara perlu ditekankan terlebih dahulu. Ini kerana pemahaman terhadap nombor (nilai) perlu dikuasai. Jadi pendaraban dengan kaedah ini mempunyai syarat-syarat yang ketat dan perlu dilatih bagi mengelakkan kekeliruan. Walaubagaimanapun kaedah begini dapat membantu mengurangkan masa mengira!
Melalui dua contoh di atas, mungkin kita boleh mengagak kaedah yang serupa untuk pendaraban sebarang nombor dengan nombor 20!
Credit to : http://azlinamdisa536587.blogspot.com
No comments:
Post a Comment