Bahagi


          Operasi bahagi boleh dikatakan sebagai lawan kepada operasi pendaraban. Bagaimanapun kita lihat operasi ini secara lebih dekat untuk mendapatkan pemahaman yang lebih tepat mengenai operasi ini.




          Dapat diperhatikan nombor yang dibahagi (6) jumlah dibahagi (3) dan hasil = 2. Ia kelihatan seolah-olah lawan kepada operasi darab kerana 3 × 2 = 6. 

          Untuk menguasai operasi bahagi dengan baik, kita perlu menguasai operasi darab dengan baik terlebih dahulu. Operasi bahagi juga mempunyai kaitan rapat dengan nombor pecahan. Bagi mengelakkan kekeliruan, nombor pecahan tidak digunakan dalam modul ini.




Operasi Bahagi 1

          Kita tidak akan menggunakan kaedah yang terlalu banyak untuk operasi bahagi. Walaubagaimanapun terdapat kaedah-kaedah ringkas yang mungkin dapat membantu kita untuk melakukan operasi bahagi yang akan dikongsi bersama.




Perhatikan pula contoh berikut:






Tips-tips Untuk Operasi Bahagi

          Pada kebiasaannya kita sentiasa terfikir samada sesuatu nombor tersebut boleh dibahagi genap atau tidak dengan sesuatu nombor pembahagi tersebut. Maka berikut ini adalah di antara kaedah bagaimana kita boleh mengetahui samada sesuatu nombor tersebut boleh dibahagi genap atau tidak.

Nombor yang dibahagi dengan 2

Nombor yang berakhir dengan 0, 2, 4, 6, 8 boleh dibahagi genap dengan 2.

Nombor yang dibahagi dengan 3

Campurkan semua digit dalam nombor tersebut dan bahagi 3. Jika boleh dibahagi dengan 3, ia boleh dibahagi genap.



Nombor yang dibahagi dengan 4

Pastikan 2 digit terakhir, sekiranya boleh dibahagi dengan 4 atau berakhir dengan "00", ia boleh dibahagi genap dengan 4.



Nombor yang dibahagi dengan 5

Nombor yang berakhir dengan 5 ataupun "o", boleh dibahagi genap dengan 5.



Nombor yang dibahagi dengan 6

Pastikan nombor yang ingin dibahagikan adalah nombor genap. Kemudian campurkan semua digit di dalam nombor tersebut. Sekiranya jumlah nombor boleh dibahagi dengan 3, ia boleh dibahagi genap dengan 6.



Nombor yang dibahagi dengan 8

Pastikan 3 digit terakhir, sekiranya boleh dibahagi dengan 8 atau berakhir dengan "000". Ia boleh dibahagi genap dengan 8.




Nombor yang dibahagi dengan 9

Campurkan semua digit dalam nombor tersebut. Sekiranya jumlah nombor boleh dibahagi dengan 9, boleh dibahagi genap dengan 9.



Untuk nombor-nombor berikut, pastikan samada ia boleh bahagi genap atau tidak.







No comments:

Post a Comment